top of page

Welcome!

facebook cover.png

Pudding Delights's Summary

Pudding Delights merupakan milikan perkongsian yang dimiliki oleh enam orang ahli iaitu Syed, Azfar, Laila, Zeti, Najwa dan Nurathirah yang menjual pencuci mulut iaitu pudding. Pudding Delights terletak di UNIMAS atau lebih spesifiknya, di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang terletak di Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak. Nama perniagaan, Pudding Delights kerana perniagaan ini mengutamakan penjualan pencuci mulut seperti puding sedut mix, puding sedut jelly dan puding buah yang juga merupakan kegemaran orang ramai. Sasaran pelanggan kami ialah pelajar universiti yang menyukai dessert terutamanya puding.

photo_2022-12-21_19-07-54.jpg
Chia Pudding

Kenapa Pudding?

pexels-pixabay-302468.jpg

Kami memilih untuk menjual pencuci mulut iaitu puding kerana kami dapati bahawa, masyarakat gemar memakan manisan seperti pencuci mulut. Dengan memakan pencuci mulut sahaja, dapat menjadikan mood seseorang itu baik. Contohnya, ketika menghadapi hari buruk, buka sahaja sekotak pencuci mulut, boleh terasa kemanisan yang boleh membuatkan seseorang itu tersenyum lebar. Tambahan lagi, memakan pencuci mulut seakan menjadikan suatu kehidupan lebih menyeronokkan. Contohnya, sekali gigit, pasti si pemakan mengatakan “Oh, sedapnya!” dan terus menikmati kemanisan yang ada pada pencuci mulut tersebut. Oleh itu, kami memilih pencuci mulut sebagai aktiviti perniagaan utama kerana kerana permintaan tinggi terhadap makanan manis tersebut.

Visi

81aa6b36930a0af2d0a6ef967adfe5af-removebg-preview.png

Menjadi perniagaan yang boleh menjual pencuci mulut kesukaan ramai dan memenuhi citarasa pelanggan

Misi

1f36e.png

Menjadi salah satu perniagaan yang boleh menyediakan produk makanan berasaskan pencuci mulut yang bermutu tinggi, halal dan sedap supaya dapat memenuhi citarasa pelanggan di dalam dan luar UNIMAS.

facebook cover (1).png

Tentang Logo Pudding Delights

Once you try, you will love it!

Apabila pelanggan menikmati puding buatan kami, mereka pasti menyukainya. Dengan sekali rasa, kami berani jamin akan adanya 'repeat order' dari pelanggan.

c590e1df749d52caf17d1f84c95042f5-removebg-preview.png
hundred-points_1f4af.png
Gugelhupf

Pudding Delights

© 2022 Pudding Delights

  • linktree-pngrepo-com
  • Facebook
  • Instagram
bottom of page