top of page

BUSINESS MODEL CANVAS

Pink Cream
BMC (1).png
Abstract Background

KEY PARTNER

Key Partner kami ialah terdiri daripada Emart, Mr.Diy dan Everwin. Tambahan lagi, kami juga membeli bekas kosong untuk puding dari Tapau Trading disebabkan barangnya yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

KEY RESOURCES

Terdapat beberapa sumber yang kami gunakan dalam perniagaan yang dijalakan. Antaranya, komputer riba, telefon bimbit dan tablet untuk mengiklankan produk dan menghubungi pelanggan yang berminat dengan produk kami. Mesin pencetak pula untuk mencetak pelekat produk manakala peralatan membuat puding untuk proses penghasilan puding dan seterusnya tenaga ahli kumpulan bagi bersama-sama menghasilkan puding yang dijual.

CUSTOMER RELATIONSHIP

Kami mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan melalui Instagram, Whatsapp dan Facebook dimana kami sering bertanyakan 'feedback' dari pelanggan yang pernah membeli dengan kami. Kami juga tidak lupa untuk berkongsi pautan Google Form untuk 'feedback' mereka tentang produk kami

CUSTOMER SEGMENTS

Sasaran pelanggan kami ialah terdiri daripada warga UNIMAS dan masyarakat luar UNIMAS. Sasaran utama kami ialah pelajar UNIMAS kerana perniagaan kami terletak di UNIMAS dan ini memudahkan untuk penghantaran produk kami kepada pelanggan. Bukan itu sahaja, kami juga boleh mengenalpasti kemahuan dan kesanggupan mereka untuk membeli produk kami dengan harga yang ditawarkan. Untuk masyarakat luar UNIMAS pula, produk kami disebarkan melalui media sosial, kawan-kawan dan saudara-mara. Kami yakin dengan kenalan yang kami miliki dapat mendapat sambutan yang ramai untuk produk yang kami jual ini.

REVENUE STREAMS

Kami memperolehi modal, sumbangan dari setiap ahli sebanyak RM40. Setelah mendapat jualan pertama, kami menggunakan hasil jualan tersebut untuk jualan kedua dan seterusnya. Hasil jualan yang kami perolehi adalah modal yang digunakan untuk membeli bahan mentah membuat puding.

KEY ACTIVITIES

Terdapat empat aktiviti yang kami lakukan iaitu

i. Pengeluaran

Proses pengeluaran merangkumi, penyediaan bahan mentah untuk menghasilkan puding yang kami jual. Semua ahli kumpulan terlibat dalam aktiviti ini untuk meringankan kerja.

ii. Pembungkusan

Setelah dadih yang dimasak mula suam, kami akan mula memindahkan dadih tersebut ke dalam bekas kosong seperti, botol, suction dan bekas kecil untuk puding buah. Kami juga melakukan dengan kadar yang cepat bagi mengelakkan dadih tersebut membeku dengan cepat sebelum diletakkan dalam bekas

iii. Pelabelan

Proses ini memerlukan kami untuk melekatkan pelekat produk kami pada bekas yang telah diisi oleh puding/dadih. Terdapat juga ahli yang memeriksa bekas yang manakan belum dilekatkan pelekat tersebut.

iv. Penghantaran

Produk yang sudah siap, kami akan hantarkan mengikut keberadaan pelanggan tersebut. 

VALUE PORPOSITIONS

Apa yang menarik tentang produk kami dan sememangnya tiada pada pesaing ialah yang paling utama, harga yang berpatutan dengan kualiti rasa yang sangat memuaskan! Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan alatan makanan seperti penyedut minuman dan sudu bagi sesiapa sahaja yang membeli produk kami. Layanan baik kepada pelanggan dan kepantasan membalas mesej mereka ketika menempah membuatkan pelanggan sentiasa memilih produk kami bagi kategori 'dessert'. Walaupun makanan ini hanyalah 'puding' tetapi disebabkan dibuat dari rumah (homemade) menyebabkan apabila seseorang menikmatinya pasti rasa nak lagi.

CHANNEL

Terdapat dua cara kami berhubung dengan pelanggan dan mempromosikan produk kami

i. Melalui media sosial

Dunia moden memudahkan kami untuk mempromosikan produk yang kami jual. Dengan adanya aplikasi popular seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp, kami dapat menghebohkan produk kami kepada sasaran pelanggan. Kesannya, pelanggan sedar akan kewujudan produk kami yang enak ini.

COST STRUCTURE

Kos yang terlibat bagi menghasilkan produk kami ialah kos pelekat produk, peralatan makanan, beg plastik, pengangkutan, bahan-bahan membuat puding, gas dan air,botol dan bekas kontena. Kos-kos berikut merupakan kos yang terlibat dalam perniagaan kami.

Pudding Delights

© 2022 Pudding Delights

  • linktree-pngrepo-com
  • Facebook
  • Instagram
bottom of page