top of page

PUDDING delights
once you try, you'll love it

Pudding Delights's Business Background
Opening Hours
Thursday
2pm - 5pm
Faculty of Social Science & Humanities, UNIMAS.Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.


Kekeliruan yang dialami oleh pelanggan tentang produk
Terdapat beberapa pelanggan yang keliru tentang produk yang kami tawarkan kerana terdapat 3 jenis produk yang kami keluarkan. Oleh itu, setiap kali pengiklanan dan penjualan, kami akan menyediakan sekeping gambar tentang produk tersebut dan disertakan harga bagi seunit. Ini dapat memberikan informasi kepada pelanggan tentang jenis produk yang kami tawarkan dan juga harga. Antara produknya ialah, Puding Sedut Mix, Puding Sedut Jelly dan Puding Buah.
Terdapat lebihan puding dalam proses pengeluaran puding
Semasa memindahkan puding ke dalam bekas masing-masing terdapat beberapa puding yang terlebih kerana tidak mempunyai bekas yang mencukupi. Perkara ini boleh menjadi suatu pembaziran jika dibuang begitu sahaja. Oleh itu, kami meletakkan lebihan puding tersebut ke dalam bekas yang kecil dan dijadikan ‘tester’ untuk para pelanggan yang ingin merasai produk kami

Keberadaan setiap ahli kumpulan yang tinggal di tempat yang berbeza dah jauh
Tempat tinggal yang berbeza antara ahli menyukarkan proses membuatkan puding secara bersama-sama. Hal ini menimbulkan kesukaran untuk melancarkan proses membuat puding tersebut kerana setiap ahli mempunyai peranan masing-masing. Tambahan lagi, terdapat beberapa ahli kumpulan yang tinggal dalam kawasan UNIMAS yang menyukarkan mereka untuk pergi ke rumah salah seorang ahli untuk membuat puding bersama akibat kekangan pengangkutan. Oleh itu, cara untuk mengatasi masalah ini ialah salah seorang ahli kumpulan yang mempunyai lesen kenderaan dan kenderaan akan mengambil ahli-ahli yang tinggal dalam kawasan UNIMAS supaya mereka dapat melibatkan diri dalam proses pengeluaran puding ini. Bukan itu sahaja, kerjasama antara ahli kumpulan dapat dikuatkan kerana saling menolong antara satu sama lain
Produk yang dihasilkan kurang menepati citarasa pelanggan
Antara ‘feedback’ yang kami terima bukan sahaja positif tetapi juga negatif. Terdapat pelanggan yang menyatakan bahawa puding buah yang kami hasilkan agak kurang menetapi rasanya kerana terlalu kurang manis. Oleh itu, pelanggan mencadangkan untuk meletakkan sedikit lagi manisan dalam puding tersebut. Kami menjadikan ‘feedback’ ini sebagai pengajaran untuk kami menjadi lebih baik. Justeru itu, untuk pembuatan puding buah seterusnya, kami cuba memadankan rasa manis dan rasa buah tersebut agar kemanisan yang dirasai adalah pada tahap yang memuaskan hati para pelanggan kami.
bottom of page



