
PUDDING delights
once you try, you'll love it

REFLECTION


Produk yang telah kami jual adalah puding sedut, sebagai seorang akauntan dalam proses penjualan ini, saya telah dapat membuat pemantauan perbelanjaan kewangan penjualan kami yang telah berlangsung sebanyak empat kali sahaja. Saya juga dapat mencatat aliran keluar masuk duit yang telah digunakan. Faedah yang telah saya dapat ialah dapat membuat sendiri laporan kewangan.
- NUR NAJWA SYAFINAZ BINTI USAN @ HOSSEIN

Melalui subjek ini, saya mempelajari banyak perihal perniagaan terutamanya dalam pembuatan puding dan cabaran dalam mendapatkan pelanggan. Ilmu perniagaan ini dapat saya gunakan pada masa akan datang serta memperbaiki setiap kesilapan supaya menjadi kekuatan dalam perniagaan saya. Akhir kata, saya berharap semua pelajar UNIMAS terutamanya mengambil manfaat yang banyak dalam subjek ini lebih-lebih lagi dalam menguruskan perniagaan.
- NUR ZETI BINTI MORNI

Refleksi saya terhadap subjek MPU3222 ini ialah subjek ini membantu pelajar untuk mengembangkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan. Dalam mempelajari subjek ini, kami diberi peluang untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan kami sendiri di mana semua pelajar yang mengambil subjek ini diminta untuk berniaga sambil menjana pendapatan sendiri. Pada masa yang sama, kami didedahkan kepada susah dan senang dalam menghadapi dunia perniagaan ini. Usaha keras serta kerjasama setiap ahli dapat dijadikan teladan dalam membentuk suatu perniagaan supaya perniagaan yang dijalankan adalah berjalan dengan lancar dan berjaya. Saya berharap agar subjek ini akan terus diadakan di setiap universiti agar dapat mengembangkan minat pelajar dalam bidang keusahawanan dan membantu mereka dalam menambahkan pendapatan mereka jika mereka tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang tetap.
- NUR AZFAR AUFA BIN YA'AKUB

Dalam kursus ini, saya dapat ilmu dalam perniagaan sekaligus dapat menjana duit poket sendiri. Ini kerana saya berlajar banyak perkara dalam kursus ini seperti mengatur dan memantau pekerja dalam menyiapkan tugasan yang saya berikan. Selain itu, saya juga belajar cara untuk membuat dadih sedut dalam kuantiti yang banyak. Daripada kursus ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis gelagat pembeli dan cara menarik perhatian mereka untuk membeli semula produk kami kerana kepuasan mereka. Seterusnya, saya juga tahu maklum balas yang diberikan daripada para pelanggan adalah berbeza-beza. Disamping itu, saya akan membuat beberapa penambahbaikan untuk kepuasan pembeli melalui maklum balas yang diberikan. Pengalaman saya yang paling tidak boleh dilupakan ialah melayan pelanggan secara berbeza sangatlah sukar kerana bagi saya pelanggan sentiasa betul. Ini menyebabkan peningkatan lagi dalam sistem saya dalam diri saya. Oleh itu, saya juga bersyukur kerana mempunyai kumpulan yang sangat berkerjasama, dan Madam Dayang Asmah sentiasa membimbing kami sehingga kami mampu menjual produk kami sendiri walaupun tidak mudah, tapi kami mampu melakukannya dengan jayanya.
- NOR LAILDA BINTI LAIDE

Dalam kursus MPU3222 ini, saya dapat pendedahan awal dalam bidang perniagaan yang membolehkan saya menjana wang sendiri. Ini kerana saya telah banyak belajar banyak perkara seperti mengatur dan memantau pekerja dalam menyiapkan tugasan yang saya berikan. Selain itu, saya juga belajar cara untuk membuat dadih sedut dalam kuantiti yang banyak sekaligus dengan perisa yang beraneka. Daripada kursus ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis ragam pembeli dan cara menarik perhatian mereka untuk membeli produk kami kerana kepuasan mereka dan akan membuat pelanggan untuk membeli semula produk kami. Seterusnya, saya juga tahu maklum balas yang diberikan daripada para pelanggan adalah berbeza-beza. Disamping itu, saya akan membuat beberapa penambahbaikan untuk kepuasan pembeli melalui maklum balas yang diberikan. Saya berharap subjek ini akan terus diadakan di setiap universiti agar dapat mengembangkan minat pelajar dalam bidang keusahawanan dan membantu mereka dalam menambahkan pendapatan mereka jika mereka tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang tetap dan juga mendapatkan pengalaman dalam berniaga.
- SYED FIKRY IZZWAN B. SYED IDRIS

Refleksi saya bagi subjek MPU3222 ini ialah dapat membantu pelajar untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Hal ini kerana, subjek MPU3222 mendedahkan tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan dan apa yang hendak dilakukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Subjek ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk berniaga bukan sahaja untuk menjana pendapatan tapi memberikan gambaran tentang dunia perniagaan. Dengan aktiviti jual beli ini, saya dapat mengenal pasti kemahuan dan jenis pelanggan supaya di masa akan datang saya dapat memenuhi citarasa mereka dan produk saya menjadi rebutan orang ramai. Oleh itu, saya berharap agar subjek MPU3222 ini akan terus diwujudkan di setiap pusat pengajian agar dapat membantu para pelajar terutamanya lepasan graduan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan daripada terus menganggur sahaja.
- NURATHIRAH BINTI MORNI
